Latest Event Updates

Mana-mana Menteri yang tak sokong Najib harus letak jawatan.

Posted on Updated on

Dalam kenyataan akhbar semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Beliau memberi kata dua itu ketika mengadakan mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu, bagaimanapun, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Difahamkan, pendirian tegas Perdana Menteri itu dinyatakan sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Malah, perkara yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet itu turut dilaporkan dalam portal berita, Malaysia-today.net.

“Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

Memetik laporan sumber, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada Selasa lalu menggesa menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletakkan jawatan.

Beliau yang sependapat dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah agar seluruh anggota Kabinet mengambil tanggungjawab dalam isu 1MDB ketika membuat gesaan itu berkata, prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Ahmad Husni ketika mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB pada Jumaat lalu memberitahu, syarikat tersebut akan menerima pembayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas memeterai perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

Beliau menambah, IPIC akan membuat bayaran RM3.6 bilion itu pada atau sebelum 4 Jun selaku sebahagian daripada perjanjian berkenaan dan dana tersebut akan digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjamannya yang berjumlah RM3.5 bilion lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan kumpulan bank antarabangsa. – UtaraNews.com
 

Advertisements

MB Kelantan warning Guan Eng.. Jangan kutuk keikhlasan UMNO!!

Posted on Updated on

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah memberi peringatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak membuat kritikan bahawa Umno tidak ikhlas melaksanakan dasar perjuangan parti Pas.

Amar berkata, siapa pun tidak dapat menilai tahap keikhlasan seseorang itu kerana tahap keikhlasan itu tidak dapat dinilai oleh seorang manusia melainkan Allah.

Tambahnya, oleh itu jangan menilai tahap keikhlasan seorang itu terlebih dahulu, apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah menyahut pelawaan yang diterima.

“Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.

“Dalam isu ini saya melihatnya skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudu. Sebab masa ada lagi.Jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu, kita kena tunggulah dulu,” kata Amar.

Amar yang menyentuh mengenai kritikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak akan melayani kritikan itu kerana Pas tidak perlu melayani sikap pemimpin yang kebudak-budakan.

Justeru itu, Amar berharap Guan Eng dapat mengubah sikap dan tutur kata untuk menghormati rakan dalam Pakatan Rakyat jika mahu menawan Putarajaya pada pilihan raya umum akan datang.

“Sepatutnya kena ada hormat. Pertamanya, sebab kita sama-sama dalam Pakatan Rakyat. Mengkritik dengan bahasa yang keras dan kasar itu tidak sesuai.

“Strong words yang menyebabkan hati kita terluka. Kalau kita membalas dengan cara negatif juga, apa yang akan berlaku? Kita pun pandai juga,” katanya. –Utaranews.com-

Fazura bangga selfie dengan anjing? Lepas ni selfie dengan babi pulak ye..

Posted on Updated on

Dalam banyak-banyak binatang, kenapalah binatang tu jugak yang Fazura nak berselfie.. Walaupun, tak berlaku sebarang sentuhan antara bintang tu.. Tapi, gambar tu memang akan jadi kontroversi panas buat peminatnya..

Menerusi laman Instagram Fazura, dia telah memuatnaik gambar selfie bersama seekor anjing.. Tapi tak ada sebarang sentuhan yang berlaku antara binatang tu dengan Fazura.. Macam tak biasa, tak ada sentuhan ke, ada sentuhan ke, dah jadi artis confirm kena kutuk punya lah! Fazura dapat kecaman hebat dari keyboard warrior..

Soalan pertama terlintas kat fikiran Miss A, salah ke? Iya, memang Miss A tak nafikan, tak ada salah langsung.. Tapi kenapa anjing jugak yang nak dijadikan binatang berselfie? Banyak lagi binatang lain, yang boleh Fazura selfie..

Dah besar kan, takkan tak boleh fikir.. Diri tu artis  yang dikenali, muatnaik gambar-gambar macam ni, memang akan jadi kontroversi la.. Haa.. Fazura muatnaik gambar berselfie bersama kambing peminat tak ada kutuk pun kan?

Secara jujurnya, buat artis-artis yang nama dah terkenal tu, dah tahu setiap gerak-geri  diperhatikan.. Kalau boleh nak muatnaik apa-apa gambar kat Instagram tu, fikirlah seribu kali dulu.. Dah rasa gambar tu boleh timbulkan kontroversi, lebih baik tak payah muatnaik.. Senang cerita.. Miss A/UtaraNews.com

Ahmad Awang confident jadi Presiden PAS yang baru.

Posted on Updated on

Calon presiden Pas, Ahmad Awang yakin dirinya dapat mengalah Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut kerusi Presiden Pas dalam muktamar kali ini.

Bekas Presiden Ulama Malaysia itu berkata, beliau yakin dapat mengalah presiden Pas berdasarkan sokongan yang diterimanya dan usaha beliau untuk memenangi kerusi itu.

“Kalau tengok usaha saya, kemenangan boleh dicapai,” kata Ahmad Awang.

Menurut Ahmad Awang, beliau yakin dapat mengalahkan Hadi dengan jumlah yang undi yang banyak dan jika beliau tewas kepada Hadi hanyalah dengan jumlah undi yang tidak melebihi 100 undi.

“Kalau kalah pun, takkan saya kalah dengan 100 undi sahaja. Kalau dia tidak berfikir pun, orang-orang sekeliling dia akan berfikir,” katanya.

Amboi… yakin betul Ahmad Awang ni. Betul ke mampu tewaskan Hadi dalam muktamar kali ini? Siap cakap akan kalahkan dengan jumlah undi yang besar. Jangan pula kalah dengan undi yang besar sudahlah ye… karang meroyan pulak.

Macam ada ‘something’ yang tak kena pulak Andy tengok Ahmad Awang ni. Macam diupah oleh seseorang je untuk menjatuhkan Hadi je. Bukan Ahmad Awang je yang syok duk kritik presiden Pas, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pun turut lantang mengkritik.

Ada agendakah mereka ini untuk  mengusir kepimpinan ulama dalam parti Pas?-AndyBolat/Utaranews.com-

Thailand hina Malaysia pasal isu penemuan kubur beramai-ramai.

Posted on Updated on

Isu penemuan kubur beramai-ramai di Wang Kelian, Perlis.. Dengar-dengar khabar angin dorang kata itu berkemungkinan kubur puak Rohinya, tak pun kubur pendatang asing yang dibawa masuk ke Malaysia secara haram oleh sendiket.

Tapi apa yang menyedihkan.. Pihak Thailand macam nak salahkan negara kita jer pasal penemuan kubur beramai-ramai tu lepas tu kait pulak dengan isu pelarian puak Rohinya. Siap kartunis dorang lukis kartun seperti menghina negara kita lagi tu mana panas pun!

Dalam kartun tu ada karekter polis sedang menggali kubur dan ada juga karakter kaum Melayu, Cina dan India dengan motto melawat Malaysia, ‘Malaysia Truly Asia’ ditukar kepada ‘Malaysia Truly Embarrassed’.

Agak keterlaluan betul tindakan dorang ni.. Kurang ajar sungguh! Apa yang lebih mengejutkan siap ada karakter yang menyerupai Perdana Menteri Malaysia dengan dialog mengenai akta hasutan.

Siap tulis lagi ‘Don’t Visit Malaysia If You Are Rohinya’… Eshhh rasa macam panas pulak mata ni bila dorang hina negara kita macam tue. Kartun menghina ni terpanpang dalam surat khabar The Nation di Bangkok.-TiraGomez/UtaraNews.com

Che Ta bertudung sambil pakai skirt pendek? Kan dah kena kutuk..

Posted on Updated on

Haish ni lagi satu Miss A tak faham dengan sesetengah artis ni, kalau dah bertudung tu buat la cara bertudung.. Cara pemakaian kena la dijaga, ini tidak.. Bila dah bertudung, cara pemakaian tak nampak pun macam orang bertudung..

Ketat sana sini, pastu kalau dah kena kutuk dengan peminat jangan la marah ye.. Macam yang jadi kat sorang artis kita ni, Rozita Che Wan.. Buat yang masih tak tahu, Che Ta sekarang tengah bercuti bersama keluarga kat London..

Macam biasa, bila dah bercuti kat tempat-tempat memang cantik dengan keindahan alam, mestilah kita nak muatnaik gambar percutian setiap hari kat laman Instagram kita.. Ye dak? Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsi Che Ta dalam akaunnya tu..

Ada satu gambar yang mencuri perhatian ramai peminat Che Ta.. Gambar tu turut mendapat kecaman dan kutukan hebat dari peminatnya.. Nampak macam Che Ta pakai seluar pendek.. Dah pakai tudung takkan nak pakai seluar pendek? Akai tak dak ka?

Kalau diperhatikan betul-betul, Che Ta sebenarnya pakai seluar.. Cuma seluar yang dia pakai tu jenis skinny pant yang warna kulit.. Tu yang nampak macam tak pakai seluar, kalau pakai seluar warna biru atau merah tu, ok la jugak..

Tapi kalau dah pakai tudung tu tak payah la nak berskinny-skinny bagai, macam tak tahu pulak nak jaga sensitiviti seorang wanita yang berpakai tudung.. Tu yang ramai peminat anggap Che Ta ni pakai tudung hanya ikut fesyen.. Miss A/UtaraNews.com

Orang kanan Mahathir mahu Khairy Jamaluddin ganti Najib.

Posted on Updated on

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merupakan individu yang paling layak mengantikan tempat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Zainuddin melihat Khary adalah pemimpin muda yang sangat hebat dan beliau sudah membuktikan ketokohanya sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan ketika ini.

Beliau berkata, sehingga kini tiada seorang pun pemimpim muda UMNO mampu menandingi Khairy tetapi Ahli Parlimen Rembau itu bakal menghadapi tentangan ‘sengit’ sekiranya ingin diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Kalau kita bandingkan semua pimpinan yang ada. Pemimpin yang terbaik layak mengganti Najib adalah Khairy.

 “… dia calon yang layak, berkarisma, dia juga boleh bertutur dengan baik sama ada dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

“Kalau kita bagi beliau peluang, sekarang juga dia boleh dapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dari pelbagai kaum, bangsa, agama dan umur. Tetapi, tetapi tak boleh! Dia tidak akan mendapat tempat sepantas yang kita kehendaki. Dia hanya akan menjadi Perdana Menteri di hari tua,” katanya dalam satu kenyataan ketika di wawancara dengan sebuah portal baru-baru ini.

Menurut Zinuddin lagi, Khairy berkemungkinan menjadi ‘penyelamat’ UMNO serta Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang kerana beliau sangat bijak memperanguhi rakyat untuk kembali menyokong parti berkenaan.

Tegas beliau lagi, tindakan Khairy mendesak Najib memperjelaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah berjaya menarik kembali sokongan masyarakat kepada Kerajaan sedangkan pemimpin-pemimpin lain tidak berani menyatakan pendirian sedemikian.

“Dia semakin cerdik dan semakin mengimbangi politiknya. Dia juga tidak menampakkan bahawa dia menerima sepenuhnya pengisian dalam 1MDB dan dia juga banyak berusaha meyakinkan rakyat terhadap apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan,” tambah Zainuddin lagi. –UtaraNews.com