Uncategorized

Che Ta meroyan isu pakai tudung dengan “skirt pendek”..

Posted on Updated on

rozita_1Semalam kecoh kat laman sosial isu Che Ta bertudung tapi tampil berseluar pendek atau skirt.. Dah gila ke apa? Pakai tudung takkan nak pakai skirt atau seluar pendek.. Menerusi laman Instagram milik Che Ta, dia kongsikan gambar bercuti bersama keluarga kat London..

Tapi satu gambar tu menampakkan Che Ta tampil memakai seluar pendek, padahal dia pakai skinny berwarna kulit.. Sebabkan hal tu Che Ta kena kutuk sebab tak reti nak jaga sensitiviti wanita yang dah bertudung.. Bertudung tapi pakai dah macam tak bertudung.. Ketat sana sini..

Bagi Che Ta, dia tampil menerusi Berita Harian mendakwa orang yang bagi respon negatif tu adalah orang yang tak berfikir panjang dan orang buta.. Iyalah, peha dengan seluar pun tak dapat nak beza ka.. haha

“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata.

Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja.” jelasnya..

Hmm.. orang buta tak buta, Miss A yang mata sihat tak pakai cermin mata tengok pun sekali imbas nampak macam peha.. Dah pakai tudung dok pakai seluar ketat-ketat kenapa? Dah tu seluar warna kulit.. Lagi la buat orang salah faham..

Tahu batas bertudung, batas menjaga aurat takkan Che Ta tak tahu? Mana boleh dok pakai ketat-ketat macam ni.. Bertudung tapi nak berfesyen tak kena caranya.. Miss A/UtaraNews.com

Dr Asri Mufti Perlis "diharamkan" berkhutbah di Kelantan kerana Wahabi?

Posted on Updated on

Betul kah Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin kini dilarang berceramah ataupun menyampaikan khutbah di Kelantan? Difahamkan, larangan dibuat atas alasan Dr Asri berfahaman Wahabi..

Jika larangan yang dikenakan keatas Mufti Perlis tersebut tidak benar, Majlis Agama Islam Kelantan haruslah mengeluarkan penjelasan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Dan jika ianya benar, nampaknya Dr Asri harus mempertahankan dirinya sendiri sebelum beliau dilarang berceramah dan berkhutbah di seluruh negara. – Utaranews.com

Lepas Diana Danielle tayang coli.., Tasha Shila pulak tayang pusat… Fuhhhh!!!!!

Posted on Updated on

Lepas satu, satu artis tanah air kita timbulkan kontroversi panas.. Sebelum ini Diana Danielle dan Ainul Aishah.. Kini giliran Tasha Shilla pulak menayang perutnya yang leper tu untuk tatapan umum waktu hadir satu majlis..

Gambar ini dimuatnaik oleh Tasha sendiri di akaun Instagram miliknya.., pastinya tasha akan menerima kritkan pedas dari para peminat..

Kalau Wak Doyok tengok pun confirm dia merecik..hahaha.. Ada jugak antara peminat menyifatkan Tasha ni dah meroyan lepas putus dengan kekasihnya, Hans.. Sebelum ni tak ada pulak dia nak pakai seksi-seksi macam ni.. Lepas putus je terus nak tayang body..

Dah meroyan la tu! Bila dah kantoi kalut la si Tasha ni padam gambar dia tunjuk pusat Negara dia tu dalam Instagram.. Artis ni kadang-kadang bodoh jugak kan..hahaha.. Dah tahu muatnaik gambar tu timbulkan kontroversi nak jugak upload.. Bila dah viral, kalut la nak padam..

Miss A rasa mungkin pihak berkuasa seperti JAKIM dan JAIS kena ambil tindakan tegas pada artis-artis yang berpakaian seksi.. Setuju tak? Diorang ingat ni Hollywood ke nak pakai macam tu.. Miss A/UtaraNews.com

Rozita Che Wan dikutuk peminat kerana buat aksi di Masjidil Haram..

Posted on Updated on

Cantik sungguh telekung yang dipakai oleh Rozita Che Wan semasa menunaikan umrah.. Nampak ‘eksklusif’ dan mewah sangat telekung tu.. Katanya itu ada telekung pemberian Datin Aida pada Che Ta.. Datin Aida mana Miss A tak tahu pulak..

Bukan kecantikan dan kemewahan telekung tu yang Miss A nak fokuskan, sebaliknya telekung ‘ekskusif’ tu yang menjadi tarikan peminat Che Ta..

Menerusi laman Instagram Che Ta dia berkongsi gambar mengenakan telekung yang diberi oleh Datin Aida tu.. Sekarangkan Che Ta menunaikan umrah, waktu dia mengambil gambar tu dia berada di Masjid Al-Haram..

Terkejut jugak Miss A bila membaca beberapa komen dari peminat Che Ta.., kebanyakan seperti menghentam tindakan Che Ta memakai telekung ‘mewah’ tu..

Almaklumlah, pernah dengar tak orang cakap bersederhana itu lebih baik? Mungkin itu punca Che Ta dikecam.. Ada jugak peminat yang mengatakan sepanjang dia berada di Mekah tak pernah nampak orang melawa macam Che Ta.. Semua berada disana kelihatan serba sederhana..

Mungkin Che Ta tak tahan dengar kritikan dan kecaman yang diberi, dia pun membalas setiap komen hatersnya.. Dia sertakan hashtag memerli peminatnya..

Apapun, Miss A pasti penampilan Che Ta ni telah menarik mata ramai orang semasa berada disana.., cantik kot telekung tu.. Telekung cantik-cantik memang pakai untuk tunjuk kat orang.. Takkan pakai nak buat sembahyang dalam rumah je.. Secara jujurnya, Miss A rasa bersederhana itu lebih baik.. Miss A/UtaraNews.com

Habiskan RM5.07 juta demi cinta pada Awang Afrika..

Posted on Updated on

Lumrah dalam bercinta, habis mata buta.. Ye la, belum lagi jumpa, tapi dah belanja sampai RM5.07 juta.. Isk-isk.. Giler betul…Difahamkan, Sarah tidak pernah bertemu cinta hatinya dari Afrika.. Oo, mamat negro ghupenyer…Hehe..

Wanita berkenaan pernah berkahwin, namun hubungan tidak kesampaian. Dua kali kot.. Bibit cinta yang ketiga bermula melalui internet. Dia mengenali Chris Olsen 18 bulan lalu dan pasangan berkenaan berhubung melalui telefon berjam-jam setiap hari. Wow..

Malah lebih meriah lagi, setiap kali Olsen meminta wang, Sarah tanpa ragu-ragu memberikannya kepada lelaki berkenaan.Olsen juga sudah berkali-kali cuba memasuki Amerika Syarikat, namun gagal dan ditangkap kerana memberikan maklumat palsu.

Hebat penangan mamat negro ni kan..At least, check la dulu .. Ni kan melibatkan duit..Geram sungguh. Orang Barat pun berjaya ditipu.. Engatkan rakyat Malaysia jer..Tapi kan, Sarah masih mengiyakan bahawa Olsen menganggap dia sebagai isterinya.. Haih, macam-macam!!

Dah la tak pernah bersua muka, tapi still berharap macam tuh?? Nampak sangat tangkap cintun melalui ayat manis. Rasenyer lelaki Barat berjuta kali lagi ‘handsome’ kot..Moga-moga dia tersedar dari lamunan mimpi dia kan.. ~~MiraAzhar/UtaraNews.com

Rafizi akan pujuk Australia benarkan Pakatan guna Sirul.

Posted on Updated on

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan cuba meminta pertolongan daripada Kerajaan Australia bagi membolehkan satu temuramah khas diadakan dengan bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Sirul Azhar Umar yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Dalam satu laporan sebelum ini, Australia menegaskan pihaknya tidak akan memberi kebenaran kepada mana-mana media termasuk dari negara berkenaan mengadakan temuramah dengan Sirul kerana ia melanggar peraturan yang ditetapkan di sana.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, walaupun kerajaan Australia telah mengeluarkan kenyataan menghalang temuramah berkenaan diadakan, pihaknya tidak akan berputus asa dan akan cuba meminta pertolongan Ahli Parlimen di sana agar ia dapat dijalankan sekaligus dapat membantu pihak berkuasa Malaysia membuka kembali kertas siasatan pembunuhan wanita itu.

Rafizi berkata, PKR sangat berharap Ahli Parlimen di sana akan dapat membantu bagi memastikan temuramah tersebut dapat diadakan kerana ia merupakan satu ‘pendedahan’ yang akan mengubah keputusan mahkamah dalam kes berkenaan.

“Saya difahamkan Sirul tidak boleh ditemu ramah oleh mana-mana media tanpa kebenaran kerajaan Australia kerana beliau ketika ini ditahan di bawah Jabatan Imigresen Australia.

“Dengan adanya sesi temu bual ini, ia seterusnya boleh menjadi asas untuk membuka semula siasatan kes itu.

“Saya yakin dengan usaha semua pihak (berkaitan), perkara sebenar mengenai pembunuhan Altantuya akhirnya akan diketahui umum, terutamanya persoalan siapa yang mengarahkan Sirul menembak dan meletupkan Altantuya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Rafizi menegaskan pihaknya sudah merancang untuk mengadakan satu kempen ‘Laporan Polis’ secara besar-besaran bagi memastikan kertas siasatan pembunuhan Altantuya akan kembali dibuka semula. –UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

Betulkah Mat Sabu dan Hatta nak gulingkan Hadi Awang?

Posted on Updated on

Keretakan di dalam kepimpinan Pas dilihat semakin parah apabila ada sesetengah dakwaan mengatakan Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang untuk menggulingkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria hari ini menggesa Mat Sabu dan HAtta untuk memberi penjelasan bagi membersihkan nama mereka daripada tuduhan menjadi dalang menggulingkan Hadi.

Razman berkata, jika penjelasan telah diberikan dan didapati mereka benar mahu menggulingkan Presiden Pas itu, satu tindakan perlu di ambil terhadap mereka. Apapun perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu.

“Perkara ini baru tuduhan, kita pun tidak tahu kebenarannya. Sesiapa saja boleh melemparkan tuduhan. Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tidak betul, Alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan,” kata Razman.

Razman menambah dengan berkata, jika seseorang itu tidak bersalah mengenai apa tuduhan dari orang lain, pasti tuan empunya diri akan tampil membersihkan namanya tanpa menghantar mana-mana wakil untuk membersihkan nama sendiri.

“Memang sepatutnya dalam gerakan kita melibatkan satu jemaah ini, apabila ada sesuatu dilemparkan kepada kita, lebih baik kita sendiri yang tampil membersihkan nama. Kalau tidak ada pembersihan ini, mungkin ada satu badan lain pula yang membuat pengesahan kepada perkara itu,” katanya.

Menurut sumber, Razman pada awal bulan ini didakwa memukul Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin sebanyak dua kali di belakang dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu awal  bulan ini, kata sumber.-Alip Danial/Utaranews.com-