sedunia

Awek cun giler kerja di stesyen minyak..

Posted on Updated on

Muka dan la cun melecun tapi kerja tukang cuci.. Sikit pun tak malu bukan macam remaja-remaja sekarang ni. Bila sebut je kerja sebagai tukang cuci terus tak mau.. Takde standard, low profile katanya. Kalau boleh tu nak kerja yang hebat-hebat tak padan dengan kelulusan.

Seorang mahasiswi ni bukan saja cantik tapi dia sanggup kerja part time sebagai tukang cucu semata-mata nak membiayai yuran pengajiaannya dan tolong keluarganya. Kalau orang pandai berdikari, dapat kerja lekeh pun dorang tak kesah dah janji halal.

Duma Mariana jadi tukang cuci di stesen kereta api di Medan, Indonesia. Rajin budaknya boleh buat bini ni hahaha. Mariana lakukan tugas seperti bersihkan kawasan sekitar premis kereta api dan cuci bilik air di situ.

Muda lagi tau baru 19 tahun.. Gomez rasa kalau remaja lain mesti ta pandang dah kerja macam ni. Yang dorang tahu nak dapat duit cepat dan suka guna jalan pintas seperti melakukan kerja haram. –TiraGomez/UtaraNews.com

Advertisements

Orang gaji mangsa rogol terselamat dari majikan kejam.

Posted on Updated on

Akibat tidak tahan jadi mangsa rogol anak kepada majikannya, Abby Luna nekad buat satu video untuk meminta pertolongan. Seorang amah dari Filipina yang bekerja untuk majikannya di Bahrain memuatnaik satu video merayu supaya dirinya diselamat dari terus menerus menjadi mangsa rogol.

Anak majikan mangsa dipercayai seorang penagih dadah bertindak merogolnya sehingga dia mengalami lebam di bahagian payudara dan kesan sakit akibat ditumbuk.

Luna turut melaporkan kejadian itu kepada majikannya tetapi tidak diendahkan. Dia juga turut dipersalahkan selain tidak dibenarkan balik ke negara asal sehingga habis kontrak. Fuhhhh menakutkan, tak kan la nak tunggu habis kontrak lagi dua bulan baru boleh balik negara asal.

Dah tu siap suruh beli tiket penerbangan balik sendiri pulak tu, eshhh kejam betul. Siap bagi tempoh seminggu pulak tu sebab majikannya nak bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Yela mana tahu mengandung ke kan, kalau Luna mengandung majikannya nak gugurkan kandungan tu sebelum dihantar pulak.

Tapi nasib baik lah Luna diselamatkan oleh kedutaan Filipina di Bahrain pada hari itu juga selepas video Luna mintak pertolongan tu menjadi viral di dunia siber.-TiraGomez/UtaraNews.com

Lelaki mengaku langgan 27’000 pelacur sepanjang 27 tahun.

Posted on Updated on

Ini sangat-sangat gila.. Seorang bekas guru didakwa membayar 12,000 wanita untuk seks ketika berada di Filipina ditahan semalam selepas dakwaan timbul mengatakan sekurang-kurangnya seorang gadis berusia 13 tahun. Makkk aii… Berani mati punyer statement…

Ewah-ewah,  bangga lettew. Huhu.. Malang sungguh kalau memperlakikan dia nih. Yuhei Takashima merekodkan secara terperinci hampir 150,000 gambar menunjukkan perbuatannya sepanjang tempoh 27 tahun dalam lebih 400 album berbeza kerana mahu menyimpan kenangan berkenaan, lapor media tempatan.

Dia yang kini berusia 64 tahun memberitahu polis dia mula membayar untuk mendapatkan khidmat seks selepas dihantar ke sebuah sekolah Jepun di Manila pada 1988. Ambik kau!! Seronok dan bangga sangat.. Last-last diri kena tahan polis.. Rasekan… Lain kali, sendiri makan, sendiri simpan..

Ini tidak , heboh satu dunia.. Tak tahu malu langsung.. Tak padan dengan umur tua.. Ingat sikit yer, rumah kata pergi, kubur kata mari.. Renung-renungkan atukk hoiii.. ~~MiraAzhar/Utaranews.com

Aksi pelik rakyat China di IKEA..

Posted on Updated on

Senang noh rakyat-rakyat negara China ni.. Kalau mengantuk jer, terus pergi kat Ikea.. Then lelap mata kat sana.. Amboii, sakan! Mentang-mentang la kat situ ade aircond dan kemudahan lengkap, selamba badak jer korang tersadai kat situ..

Kesian pengurus syarikat perabut tue.. Naik pening kepala dia. Kini, Ikea melarang pelanggan daripada tidur di perabot-perabot yang dipamerkan di gudang-gudang jualan mereka. Ye la,  kesemua perabut adalah untuk dijual.. Kalau ya nak rase nikmat aircond dan kemudahan selesa, check-in hotel la bro..

Ape barang landing kat kedai perabut.. Haih la.. Lawak pun ade.  Dah la tak beli, then sedap-sedap tidur.. Sapa yang tak marah kalau jadi macam nie.

Adeh la.. Manusia manusia. Saje je kan nak cetuskan kontroversi.. Perkara macam ni la yang menguji keimana dan kesabaran pengurus .. Ape pun tak boleh.. Lawak pun ade.. Korang jangan buat plak yer kat Ikea Malaysia.. Kang tak pasal-pasal, korang yang malu.. Hehe.. ~~MiraAzhar/Utaranews.com

Nenek tua hamil kembar istimewa.. Hebat!!

Posted on Updated on

Wowww!! Bagaikan mimipi.. Biar betul?? Umurnya yang meningkat tidak menghalang dirinya dari mengandung.. 

Apa reaksi korang jika lihat wanita yang boleh dikategorikan sebagai nenek nih mengandungkan 4 orang anak…  Terkedu seketika. Ye dak? Blink-blink mata ni haa..

Difahamkan, Annegret Raunigk, 65 tahun tidak menjangkakan dia mengandung lagi. Lagipun, dia sendiri dah ade cucu. Lebih mengujakan lagi, wanita kelahiran Jerman ni disahkan mengandungkan kembar 4..  Speechless gile lah. Rare kot.. Jarang sekali kes-kes macam ni akan berlaku..

Kelihatan keluarganya sendiri terkejut. Ye la, tade sape sangka kot.. Biase la kan, selalunya umur-umur gini dah menopous.. Hehe.. Selain itu, kesemua 12 orang anak nya gembira dengan berita berkenaan. Nak dapat adik.. Mesti la seronok… Kan?

Heran bin pelik.. Ape eh rahsia dia.. Mantap sungguh.. Hurm, rezeki dari Tuhan kan.. Syukurlah kan sebab masih dikurniakan anak even usia dah hampir ke penghujung.. Opss.. ~~MiraAzhar/Utaranews.com

Panggang diri sendiri untuk sembuhkan penyakit? Gila betul!

Posted on Updated on

Fulamakkkk, dia nih.. Biaq betul? Mati-mati ingatkan kambing . Ye la, sanggup noh panggang diri sendiri sebab nak sihatkan semula badan.. Adeh la.. Tak masuk akal fikiran kot.. 

Nasib baik lah kat China.. Selalunya, pelik-pelik ni orang kat sane je buat.

Seorang lelaki yang menghidap penyakit leukemia mengambil keputusan memanggang dirinya sendiri sebagai kaedah alternatif merawat penyakit berkenaan. Jia Binhui, 25, mengambil keputusan memanggang tubuhnya di atas bara api kerana tidak mampu membayar kos perubatan yang mahal di hospital.

Tudiaa aih. Binhui percaya kalau dia memanggang dirinya, kanser didalam tubuhnya boleh hilang sedikit demi sedikit..  Siap ada tempat pemanggang khas kot.. Semuanya dibuat sendiri.. Sehingga kini, doktor masih lagi was-was dengan cara terbaru nih..

Bayangkan badan atas bara.. Fuh, comfirm panas.. Tak pela, dah tu yang dia mampu.. Tunggu je la samaada proses ni berjaya hilangkan sakit leukimia atau tidak.. Hehe. Kalau lah menjadi, mesti ramai join panggang diri.. Ye dak?  ~~MiraAzhar/Utaranews.com

Ular sawa besar ditemui dalam bilik air… Gelinyaa.

Posted on Updated on

Opocott.. Gelii nyerr.. Tiba-tiba jer ade ular sawa dalam bilik air.. Fuh, mau lari tak cukup tanah.

Di Rochdale, seorang kanak-kanak menjerit ketakutan selepas terlihat seekor ular sawa gergasi di dalam bilik airnya..

Dianggarkan ular berkenaan sepanjang 6 kaki.. Nasib baik la ibu kepada kanak-kanak berkenaan sempat menghubungi unit haiwan reptilia.

Ibu Karen Marriot jelas merasa takut.  Kalau jadi kat kita pun, jenuh kelam kabut nak cari jalan keluar.

Sehingga kini, detektif Craig Wallace masih hairan macam mana ular berkenaan boleh berada di dalam bilik air berkenaan.

Korang tengok la sendiri ular tue, kalau jadi kat diri korang, agak-agak ape yang korang akan lakukan..

Cemas tu perkara biase la kot.. Musim sekarang  memang banyak betul kes-kes yang melibatkan ular ni kan..

Maybe musim kemarau kot, ular pun cari tempat yang sejukk.. Mayb je la.. Ntah la kan.. ~~MiraAzhar/Utaranews.com