politik

PAS tak sedar diri.., tak layak beri arahan pada Guan Eng.

Posted on Updated on

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin PAS memberi ‘arahan’ kepada beliau untuk menghentikan serangan terhadap Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Guan Eng menegaskan pemimpin PAS seharusnya sedar beliau bukanlah ahli parti berkenaan untuk diberikan sebarang arahan sebagaimana di suarakan sebelum ini.

Beliau berkata, DAP akan terus mempertahankan prinsip perjuangan mereka dan tidak akan tunduk meskipun ditentang hebat oleh PAS sejak kebelakangan ini sehingga sanggup melakukan ‘ugutan’ untuk keluar daripada PR.

“Bukan Pas yang perlu beritahu apa yang saya perlu buat. Hanya pemimpin DAP boleh beritahu saya apa yang perlu dibuat.

“Apa yang saya tahu, DAP hanya menyatakan prinsip dan pendirian kami. Saya akan terus bercakap di mana dan bila perlu selagi berkait dengan kepentingan parti dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan ketika ditemui di lobi Parlimen, baru-baru ini.

Menurut beliau, setiap kritikan yang dikeluarkan terhadap Abdul Hadi merupakan pandangan keseluruhan pemimpin DAP berikutan ‘keangkuhan’ PAS untuk terus melaksanakan hudud meskipun tidak dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi PR.

Tambah Guan Eng lagi, tindakan Abdul Hadi membalas kritikan tersebut secara peribadi memberi ‘ruang’ kepada beliau untuk terus mendesakan bekas Menteri Terengganu itu melepaskan jawatan sebagai Presiden PAS.

“Apabila saya bercakap mengenai pendirian parti, saya bukan bercakap secara individu.

“(Abdul) Hadi boleh bercakap secara individu tetapi saya mewakili keseluruhan parti.

“Jika itu memberi kelebihan kepada (Abdul) Hadi, saya pasti dia akan galakkan saya bercakap lebih banyak,” katanya lagi. –UtaraNews.com

PKR buat fitnah lagi.. Kenaikan harga petrol untuk bayar hutang??

Posted on Updated on

Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menuduh kerajaan sengaja menaikkan harga petrol bagi menampung hutang yang perlu ditanggung Malaysia yang membabitkan syarikat kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nazmi berkata, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga minyak memandangkan Malaysia sebuah negara pengeluar minyak.

Tambahnya, kerajaan tidak patut menghukum rakyat dengan menaikkan harga minyak akibat dari keborosan yang dilakukan pemimpin kerajaan, sebaliknya mencari alternatif lain untuk melangsaikan hutang terbabit.

“Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia sepatutnya memulangkan hasil bumi itu kepada rakyatnya pada harga yang berpatutan.

“Namun begitu, kerajaan Barisan Nasional terus boros berbelanja dan menekan rakyat sendiri untuk menampung bebanan hutang, termasuk 1MDB akibat tadbir urus kerajaan yang lemah dan korup,” kata Nik Nazmi.

Adoi…. kenyataan Nik Nazmi ni benar-benar buat Andy tergelak. Mana tidaknya, ada ke kata harga minyak naik disebabkan kerajaan nak bayar hutang syarikat 1MDB.

Nik Nazmi ni menuntut ilmu dengan Rafizi Ramli ke??.. Main tuduh je tanpa usul periksa… Takkan tak tahu yang kerajaan sudah memperkenalkan harga sistem pengapungan dimana harga minyak akan berubah mengikut pasaran dunia.-AndyBolat/Utaranews.com-

Mana-mana Menteri yang tak sokong Najib harus letak jawatan.

Posted on Updated on

Dalam kenyataan akhbar semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Beliau memberi kata dua itu ketika mengadakan mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu, bagaimanapun, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Difahamkan, pendirian tegas Perdana Menteri itu dinyatakan sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Malah, perkara yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet itu turut dilaporkan dalam portal berita, Malaysia-today.net.

“Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

Memetik laporan sumber, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada Selasa lalu menggesa menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletakkan jawatan.

Beliau yang sependapat dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah agar seluruh anggota Kabinet mengambil tanggungjawab dalam isu 1MDB ketika membuat gesaan itu berkata, prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Ahmad Husni ketika mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB pada Jumaat lalu memberitahu, syarikat tersebut akan menerima pembayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas memeterai perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

Beliau menambah, IPIC akan membuat bayaran RM3.6 bilion itu pada atau sebelum 4 Jun selaku sebahagian daripada perjanjian berkenaan dan dana tersebut akan digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjamannya yang berjumlah RM3.5 bilion lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan kumpulan bank antarabangsa. – UtaraNews.com
 

MB Kelantan warning Guan Eng.. Jangan kutuk keikhlasan UMNO!!

Posted on Updated on

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah memberi peringatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak membuat kritikan bahawa Umno tidak ikhlas melaksanakan dasar perjuangan parti Pas.

Amar berkata, siapa pun tidak dapat menilai tahap keikhlasan seseorang itu kerana tahap keikhlasan itu tidak dapat dinilai oleh seorang manusia melainkan Allah.

Tambahnya, oleh itu jangan menilai tahap keikhlasan seorang itu terlebih dahulu, apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah menyahut pelawaan yang diterima.

“Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.

“Dalam isu ini saya melihatnya skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudu. Sebab masa ada lagi.Jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu, kita kena tunggulah dulu,” kata Amar.

Amar yang menyentuh mengenai kritikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak akan melayani kritikan itu kerana Pas tidak perlu melayani sikap pemimpin yang kebudak-budakan.

Justeru itu, Amar berharap Guan Eng dapat mengubah sikap dan tutur kata untuk menghormati rakan dalam Pakatan Rakyat jika mahu menawan Putarajaya pada pilihan raya umum akan datang.

“Sepatutnya kena ada hormat. Pertamanya, sebab kita sama-sama dalam Pakatan Rakyat. Mengkritik dengan bahasa yang keras dan kasar itu tidak sesuai.

“Strong words yang menyebabkan hati kita terluka. Kalau kita membalas dengan cara negatif juga, apa yang akan berlaku? Kita pun pandai juga,” katanya. –Utaranews.com-

Ahmad Awang confident jadi Presiden PAS yang baru.

Posted on Updated on

Calon presiden Pas, Ahmad Awang yakin dirinya dapat mengalah Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut kerusi Presiden Pas dalam muktamar kali ini.

Bekas Presiden Ulama Malaysia itu berkata, beliau yakin dapat mengalah presiden Pas berdasarkan sokongan yang diterimanya dan usaha beliau untuk memenangi kerusi itu.

“Kalau tengok usaha saya, kemenangan boleh dicapai,” kata Ahmad Awang.

Menurut Ahmad Awang, beliau yakin dapat mengalahkan Hadi dengan jumlah yang undi yang banyak dan jika beliau tewas kepada Hadi hanyalah dengan jumlah undi yang tidak melebihi 100 undi.

“Kalau kalah pun, takkan saya kalah dengan 100 undi sahaja. Kalau dia tidak berfikir pun, orang-orang sekeliling dia akan berfikir,” katanya.

Amboi… yakin betul Ahmad Awang ni. Betul ke mampu tewaskan Hadi dalam muktamar kali ini? Siap cakap akan kalahkan dengan jumlah undi yang besar. Jangan pula kalah dengan undi yang besar sudahlah ye… karang meroyan pulak.

Macam ada ‘something’ yang tak kena pulak Andy tengok Ahmad Awang ni. Macam diupah oleh seseorang je untuk menjatuhkan Hadi je. Bukan Ahmad Awang je yang syok duk kritik presiden Pas, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pun turut lantang mengkritik.

Ada agendakah mereka ini untuk  mengusir kepimpinan ulama dalam parti Pas?-AndyBolat/Utaranews.com-

Orang kanan Mahathir mahu Khairy Jamaluddin ganti Najib.

Posted on Updated on

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merupakan individu yang paling layak mengantikan tempat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Zainuddin melihat Khary adalah pemimpin muda yang sangat hebat dan beliau sudah membuktikan ketokohanya sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan ketika ini.

Beliau berkata, sehingga kini tiada seorang pun pemimpim muda UMNO mampu menandingi Khairy tetapi Ahli Parlimen Rembau itu bakal menghadapi tentangan ‘sengit’ sekiranya ingin diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Kalau kita bandingkan semua pimpinan yang ada. Pemimpin yang terbaik layak mengganti Najib adalah Khairy.

 “… dia calon yang layak, berkarisma, dia juga boleh bertutur dengan baik sama ada dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

“Kalau kita bagi beliau peluang, sekarang juga dia boleh dapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dari pelbagai kaum, bangsa, agama dan umur. Tetapi, tetapi tak boleh! Dia tidak akan mendapat tempat sepantas yang kita kehendaki. Dia hanya akan menjadi Perdana Menteri di hari tua,” katanya dalam satu kenyataan ketika di wawancara dengan sebuah portal baru-baru ini.

Menurut Zinuddin lagi, Khairy berkemungkinan menjadi ‘penyelamat’ UMNO serta Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang kerana beliau sangat bijak memperanguhi rakyat untuk kembali menyokong parti berkenaan.

Tegas beliau lagi, tindakan Khairy mendesak Najib memperjelaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah berjaya menarik kembali sokongan masyarakat kepada Kerajaan sedangkan pemimpin-pemimpin lain tidak berani menyatakan pendirian sedemikian.

“Dia semakin cerdik dan semakin mengimbangi politiknya. Dia juga tidak menampakkan bahawa dia menerima sepenuhnya pengisian dalam 1MDB dan dia juga banyak berusaha meyakinkan rakyat terhadap apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan,” tambah Zainuddin lagi. –UtaraNews.com

Mahathir elok nasihat anak beranak sendiri sebelum mengata orang lain.

Posted on Updated on

Tun Dr Mahahthir Mohamad menyifatkan pendiriannya yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan adalah satu tindakan yang betul dan tidak bersalah kerana perkara ini pernah dilakukannya kepada seorang pemimpin.

Mahathir berkata, tidak salah salah beliau menggesa pemimpin untuk berundur jika tempoh pemerintahannya belum berakhir, gesaan ini dilakukan disebabkan masalah negara semakin bertambah.

Kata beliau, gesaan ini juga pernah dilakukan kepada perdana menteri sebelum ini dan ianya berjaya didengari pemimpin terbabit demi kebaikan negara.

“Perdana menteri sebelum ini juga dipilih menerusi pilihan raya malah dengan majoriti yang lebih besar. Namun beliau juga dipujuk untuk berundur oleh perdana menteri sekarang,” kata Mahathir menerusi laman blog miliknya.

Mahathir juga memberitahu, disebabkan cara hidup mewah perdana menteri itu beliau menggesa Najib untuk berundur kerana gaya hidup Najib tidak sama seperti perdana menteri sebelum ini.

“Cakap-cakap seperti itu pastinya kerana cara hidup berbeza yang difikirkan sebagai seorang perdana menteri. Oleh itu, Najib patut letak jawatan,” tegasnya.

Hanya disebabkan cara kehidupan masing-masing berbeza, Mahathir mahu Najib berundur dari jawatan. Adakah ke patut macam ni?

Setahu Andy cara kehidupan seorang makhluk itu memang berbeza.., lain kuih lain acuannya. Takkan lah Mahathir mahu Najib serta keluarga hidup seperti rakyat biasa sedangkan beliau merupakan pemimpin nombor satu negara?

Elok Mahathir nasihatkan dulu anak beranaknya sendiri yang hidup mewah dan berbelanja besar didalam serta luar negara. Mahathir jangan hanya tahu menunding jari dan menyalahkan orang lain sedangkan keluarganya sendiri kucar kacir –AndyBolat/Utaranews.com-