hiburan

Fathia Kena Kutuk Sebab Tak Malu Berlakon Adegan Ranjang

Posted on Updated on

Alolo.. keciannya Miss A dengan pelakon jelita Fathia Latif ni, dah cuba jelaskan hal sebenar pun masih lagi orang nak kutuk dan hina dia.. hehe.. Kalau korang nak tahu sekarang ni memang kecoh pasal isu adegan ranjang dilakonkan Fathia dalam filem ‘Darah Panas’..

Sampai timbul gambar wanita seksi mendakwa itu gambar Fathia.. Tetapi, Fathia tampil menyangkal dakwaan wanita seksi tu adalah dirinya.. Kali ini menerusi sebuah akhbar hasil temuramah bersama Fathia dan pelakon filem ‘Darah Panas’, Fathia memaklumkan dia sebenarnya segan nak lakonkan babak ranjang tu.. Walaupun dia pakai baju, cuma baju tu warna ‘nude’..

Sebabkan itu, ramai netizen kutuk kenyataan yang dikeluarkan Fathia pada ahkbar tersebut.. Iyalah, dah ko segan, tak payah la berlakon.. Tapi, segan-segan berlakon jugak babak ranjang tu..

Ada antara netizen yang persoalan isu yang agak sensitif tau pada Fathia.. Miss A memang dah no komen dah kalau isu macam ni timbul.. “Segan dengan manusia dengan Allah tak segan, Sebenarnya suka la tu,” itu antara soalan diberikan pada Fathia..

Apapun, komen dari netizen, Miss A rasa sedikit sebanyak benda macam ni macam bagi promosi percuma untuk filem ‘Darah Panas’.. Bila dah timbul kontroversi macam ni, mesti ramai yang tak sabar nak tengok filem tu kan.. Iyalah, nak tengok seksi sangat Fathia dalam adegan ranjang dia lakonkan tu.. Pandai dorang buat promosi filem..hehehe.. Miss A/UtaraNews.com

Advertisements

Rita Rudaini Digelar “Mak Janda Pisang Gersang”

Posted on Updated on

Pergaduhan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan memang satu pergaduhan yang panjang dan membosankan.. Dek kerana itu seorang individu yang menggunakan akaun palsu telah memberi komen menghina dan mengutuk Rita kat laman Instagramnya..

Mungkin dah geram sangat kot dengan Rita ni, tu yang sampai macam tu sekali dia hina Rita.. Yang pasti kalau dah tak suka Rita, mesti la dia backup Aidil.. Ye dak? Rita digelar ‘mak janda pisang gersang’.. Perh.. pedih!

Menerusi laman Instagram Rita, dia memuatnaik gambar dua putera kesayangannya dok pakai baju nombor 10.. Sebab gambar baju tu, semua orang mula kaitkan dengan Aidil.. Sampaikan timbul isu Aidil hanya mampu bayar RM 20 sehari pada Rita..

Tah macam mana timbul satu fake account bagi komen kurang ajar dok mengutuk Rita.. Nak kutuk guna account sendiri takut kena saman, sangguplah buat fake account nak menghina orang.. Macam-macam hal!

Dah komen kutuk-kutuk kat Instagram Rita, ingat peminat peminat Rita tak mengamuk ke? Habis jadi pertengkaran antara peminat Rita dan individu terbabit..

Peminat Rita banyak cakap yang buat fake account ni mungkin Aidil atau Zarema Zainal.. Saja nak malukan Rita.. Tak boleh kutuk depan-depan, kutuk dalam akaun Instagram pun jadi lah!..hehe.. Miss A/UtaraNews.com

Nora Danish mengamuk bila peminat kutuk Nedim.

Posted on Updated on

Semalam kecoh kat laman sosial kontroversi pasal pasangan yang hangat bercinta Nora Danish dan Nedim.. Spekulasi mengatakan Nora dah pecat pengurusya menerusi applikasi Whatapps.. Kira pecat tanpa surat hitam putih la, tetiba dapat mesej, dah hilang ‘job’..hehe

Pastu timbul dakwaan, lepas Nora pecat pengurus dia tu, Nedim Nazri yang ganti tempat pengurus Nora.. Kiranya Nora ni upah pakwe sendiri jadi pengurus dia lah.. So orang cakap Nora ni jadi ‘pak turut’ Nedim sebab masalah kewangan telah melanda Nedim..

Tak mahu lebih banyak cerita tak betul dibangkitkan, Nora dan kekasih tampil menjelaskan dakwaan itu menerusi laman Instagram mereka..

Menurut Nora, dakwaan yang timbul tu langsung tak berasas, dia sebagai bos memang berhak nak pecat sesiapa je.. Nora jugak kurang ‘syok’ bila isu ini turut libatkan kekasihnya.. Laporan tak tepat macam tu boleh jatuhkan reputasi Nedim yang seorang ahli perniagaan tu..

Apapun, Miss A tertarik jawapan balas yang diberikan Nora pada yang buat laporan tak berasas pasal dirinya dan kekasih.. ‘Setepek’ kena kat dahi, “nanti kena pelempang pulak.” Memang padu! haha.. Miss A/UtaraNews.com

Fazura bangga selfie dengan anjing? Lepas ni selfie dengan babi pulak ye..

Posted on Updated on

Dalam banyak-banyak binatang, kenapalah binatang tu jugak yang Fazura nak berselfie.. Walaupun, tak berlaku sebarang sentuhan antara bintang tu.. Tapi, gambar tu memang akan jadi kontroversi panas buat peminatnya..

Menerusi laman Instagram Fazura, dia telah memuatnaik gambar selfie bersama seekor anjing.. Tapi tak ada sebarang sentuhan yang berlaku antara binatang tu dengan Fazura.. Macam tak biasa, tak ada sentuhan ke, ada sentuhan ke, dah jadi artis confirm kena kutuk punya lah! Fazura dapat kecaman hebat dari keyboard warrior..

Soalan pertama terlintas kat fikiran Miss A, salah ke? Iya, memang Miss A tak nafikan, tak ada salah langsung.. Tapi kenapa anjing jugak yang nak dijadikan binatang berselfie? Banyak lagi binatang lain, yang boleh Fazura selfie..

Dah besar kan, takkan tak boleh fikir.. Diri tu artis  yang dikenali, muatnaik gambar-gambar macam ni, memang akan jadi kontroversi la.. Haa.. Fazura muatnaik gambar berselfie bersama kambing peminat tak ada kutuk pun kan?

Secara jujurnya, buat artis-artis yang nama dah terkenal tu, dah tahu setiap gerak-geri  diperhatikan.. Kalau boleh nak muatnaik apa-apa gambar kat Instagram tu, fikirlah seribu kali dulu.. Dah rasa gambar tu boleh timbulkan kontroversi, lebih baik tak payah muatnaik.. Senang cerita.. Miss A/UtaraNews.com

Che Ta bertudung sambil pakai skirt pendek? Kan dah kena kutuk..

Posted on Updated on

Haish ni lagi satu Miss A tak faham dengan sesetengah artis ni, kalau dah bertudung tu buat la cara bertudung.. Cara pemakaian kena la dijaga, ini tidak.. Bila dah bertudung, cara pemakaian tak nampak pun macam orang bertudung..

Ketat sana sini, pastu kalau dah kena kutuk dengan peminat jangan la marah ye.. Macam yang jadi kat sorang artis kita ni, Rozita Che Wan.. Buat yang masih tak tahu, Che Ta sekarang tengah bercuti bersama keluarga kat London..

Macam biasa, bila dah bercuti kat tempat-tempat memang cantik dengan keindahan alam, mestilah kita nak muatnaik gambar percutian setiap hari kat laman Instagram kita.. Ye dak? Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsi Che Ta dalam akaunnya tu..

Ada satu gambar yang mencuri perhatian ramai peminat Che Ta.. Gambar tu turut mendapat kecaman dan kutukan hebat dari peminatnya.. Nampak macam Che Ta pakai seluar pendek.. Dah pakai tudung takkan nak pakai seluar pendek? Akai tak dak ka?

Kalau diperhatikan betul-betul, Che Ta sebenarnya pakai seluar.. Cuma seluar yang dia pakai tu jenis skinny pant yang warna kulit.. Tu yang nampak macam tak pakai seluar, kalau pakai seluar warna biru atau merah tu, ok la jugak..

Tapi kalau dah pakai tudung tu tak payah la nak berskinny-skinny bagai, macam tak tahu pulak nak jaga sensitiviti seorang wanita yang berpakai tudung.. Tu yang ramai peminat anggap Che Ta ni pakai tudung hanya ikut fesyen.. Miss A/UtaraNews.com

Chef Wan dedah pengalaman ngeri dengan Orang Besar MAS

Posted on Updated on

Ish berani betul orang nak perli Chef Wan ni kan? Miss A kalau sebut nama Chef Wan ni memang dah tak berani nak cakap apa.. Iyalah, Chef Wan memang salah seorang pengkritik paling digeruni orang ramai kot..

Kalau dah dia start cakap tu, jangan la siapa berani lawan.. Setiap isu yang ditimbulkan Chef Wan tu, kebanyakkan memang isu yang betul.. Bukan dia saja-saja nak kritik, kritikan yang berikan nasihat.. So orang yang kena kritik tu, ambil setiap kritik Chef Wan sebagai teguran..

Suatu ketika dulu, Chef Wan pernah bangkitkan isu pasal kualiti makanan nasi lemak kat syarikat penerbangan Malaysia.. Chef Wan sifatkan kualiti makanan dorang tak memuaskan dan label nasi lemak MAS sebagai “Nasi Lemak Telanjang.”

Nak dijadikan cerita tengah Chef Wan dinner semalam, dia terserempak dengan bekas CEO Malaysia Airlines ni.. Dah jumpa lelaki tu, terimbas kembali perbualan penyakitkan hati Chef Wan kena perli dengan bekas CEO tu dulu..

Haa.. tak pasal-pasal termalu sendiri CEO tu, orang tegur tu pun bersebab.. Ambil la yang positif, yang negatif tu dibuang.. Syarikat penerbangan Malaysia kan antara salah satu sebab yang jadi kebanggaan rakyat Malaysia.. Miss A/UtaraNews.com

Adik selebriti Hot ini dikecam kerana purdah di Instagram.

Posted on Updated on

Ingatkan Kim Kardashian je yang suka timbulkan kontroversi.. Rupanya melarat sampai kat adik dia, Khloe Kardashian.. Selebriti-selebriti Hollywood ni memang tak sah kalau tak timbulkan kontroversi panas..

Kali ni Khloe dikatakan muatnaik gambar berpurdah kat laman Instagramnya.. Selalu kalau muatnaik gambar macam ni akan mendapat pujian dan sokongan peminat.. Lain pulak jadi kat adik Kim ni.., dia dapat banyak kritikan..

Gambar ni diambil waktu khloe ada kat Dubai.. Yang timbulkan kemarahan orang ramai sebab dia letak kapysen macam nak mempersendakan agama Islam.. Khloe tulis “Habibi Love,” tu yang ramai netizen kritik dia..

Tujuan dia pergi Dubai tu pun difahamkan untuk menghadiri seminar solekan dan rambut.. Buka ada niat-niat lain.. Kot nak kata dia nak mendekati Islam, Miss A rasa memang tak la kan.. Sebab dari kaypsen yang ditulis khloe tu macam nak mempersendakan agama Islam..

Apapun, sebabkan dia muatnaik gambar berpurdah, ramai antara peminat-peminat yang bertelagah sesama sendiri.. Ada yang menyokong, ada yang marah dengan tindakan Khloe.. Isu-isu sensitif melibatkan agama jangan la dibuat main-main.. Ye dak? Miss A/UtaraNews.com