PAS tak sedar diri.., tak layak beri arahan pada Guan Eng.

Posted on Updated on

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin PAS memberi ‘arahan’ kepada beliau untuk menghentikan serangan terhadap Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Guan Eng menegaskan pemimpin PAS seharusnya sedar beliau bukanlah ahli parti berkenaan untuk diberikan sebarang arahan sebagaimana di suarakan sebelum ini.

Beliau berkata, DAP akan terus mempertahankan prinsip perjuangan mereka dan tidak akan tunduk meskipun ditentang hebat oleh PAS sejak kebelakangan ini sehingga sanggup melakukan ‘ugutan’ untuk keluar daripada PR.

“Bukan Pas yang perlu beritahu apa yang saya perlu buat. Hanya pemimpin DAP boleh beritahu saya apa yang perlu dibuat.

“Apa yang saya tahu, DAP hanya menyatakan prinsip dan pendirian kami. Saya akan terus bercakap di mana dan bila perlu selagi berkait dengan kepentingan parti dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan ketika ditemui di lobi Parlimen, baru-baru ini.

Menurut beliau, setiap kritikan yang dikeluarkan terhadap Abdul Hadi merupakan pandangan keseluruhan pemimpin DAP berikutan ‘keangkuhan’ PAS untuk terus melaksanakan hudud meskipun tidak dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi PR.

Tambah Guan Eng lagi, tindakan Abdul Hadi membalas kritikan tersebut secara peribadi memberi ‘ruang’ kepada beliau untuk terus mendesakan bekas Menteri Terengganu itu melepaskan jawatan sebagai Presiden PAS.

“Apabila saya bercakap mengenai pendirian parti, saya bukan bercakap secara individu.

“(Abdul) Hadi boleh bercakap secara individu tetapi saya mewakili keseluruhan parti.

“Jika itu memberi kelebihan kepada (Abdul) Hadi, saya pasti dia akan galakkan saya bercakap lebih banyak,” katanya lagi. –UtaraNews.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s