Dakwat kekal tak kekal dan pengundi hantu,ketelusan pemilihan CEC DAP hancur!!!

Posted on Updated on

Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mendakwa pemilihan semula parti itu yang berlangsung Ahad lalu dicemari taktik politik kotor dan unsur negatif yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Ketua Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru DAP berkata, keputuan pemilihan itu sebenarnya telah dirancang awal oleh kem yang berkait rapat dengan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

Katanya, surat Lim Guan Eng yang dihantar kepada perwakilan beberapa hari sebelum pemilihan adalah satu tipu muslihat kempen beliau untuk memastikan “status quo” dikekalkan.

Beliau mendakwa terdapatnya satu senarai calon pilihan yang diedarkan oleh Guan Eng kepada perwakilan ketika proses pengundian berlangsung.

“Saya menyedari akan kalah kerana nama saya dan calon-calon Melayu tiada dalam menu calon pilihan Lim Guan Eng,” kata beliau dalam satu sidang media di sini hari ini.

Zulkifli tewas dalam pemilihan semula itu pada 29 September lalu.

Beberapa hari sebelum pemilihan, beliau mengumumkan hasrat untuk menjadi pengerusi DAP sekiranya pengerusi sekarang Karpal Singh ingin memberi laluan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa jawatankuasa pengelola hanya mengedarkan senarai perwakilan kepada calon yang bertanding sehari atau dua hari sebelum pemilihan.

Zulkifli mendakwa hanya menerima senarai yang tak lengkap dengan alamat atau nombor telefon perwakilan, dua hari sebelum pemilihan semula diadakan.

Beliau juga mempersoalkan dakwat kekal yang digunakan ketika pemilihan yang dikatakan boleh bertahan selama tiga atau empat jam, tetapi boleh dipadamkan serta-merta dengan kertas tisu dalam masa tiga atau empat minit sahaja.

Katanya, penggunaan dakwat kekal tidak termaktub dalam perlembagaan DAP dan tiada arahan dikeluarkan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak wujud ketika itu.

Zulkifli juga mendakwa ramai muka baru di kalangan perwakilan yang langsung beliau tidak kenali atau melihat ketika pemilihan parti pada 15 Disember 2012.

“Mereka ini mengunjungi ketika Kongres Khas. Kehadiran mereka menimbulkan keraguan munasabah yang perlu diberi penjelasan sewajar oleh pucuk pimpinan parti,” ujar beliau.

Pemilihan semula pada tempoh hari diadakan selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan tahun lalu yang dikatakan dicemari pelbagai kesilapan.

Ketika proses pengundian Ahad lalu, Zulkifli mendakwa beliau terlihat peti-peti undi tidak ditutup rapat dan dibiarkan renggang ketika proses pembuangan undi.

Zulkifli serta perwakilan lain juga terkejut apabila beberapa pemerhati yang dijemput bebas keluar masuk dalam dewan sewenang-wenangnya ketika pembuangan undi berlangsung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s