Latest Event Updates

Che Ta meroyan isu pakai tudung dengan “skirt pendek”..

Posted on Updated on

rozita_1Semalam kecoh kat laman sosial isu Che Ta bertudung tapi tampil berseluar pendek atau skirt.. Dah gila ke apa? Pakai tudung takkan nak pakai skirt atau seluar pendek.. Menerusi laman Instagram milik Che Ta, dia kongsikan gambar bercuti bersama keluarga kat London..

Tapi satu gambar tu menampakkan Che Ta tampil memakai seluar pendek, padahal dia pakai skinny berwarna kulit.. Sebabkan hal tu Che Ta kena kutuk sebab tak reti nak jaga sensitiviti wanita yang dah bertudung.. Bertudung tapi pakai dah macam tak bertudung.. Ketat sana sini..

Bagi Che Ta, dia tampil menerusi Berita Harian mendakwa orang yang bagi respon negatif tu adalah orang yang tak berfikir panjang dan orang buta.. Iyalah, peha dengan seluar pun tak dapat nak beza ka.. haha

“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata.

Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja.” jelasnya..

Hmm.. orang buta tak buta, Miss A yang mata sihat tak pakai cermin mata tengok pun sekali imbas nampak macam peha.. Dah pakai tudung dok pakai seluar ketat-ketat kenapa? Dah tu seluar warna kulit.. Lagi la buat orang salah faham..

Tahu batas bertudung, batas menjaga aurat takkan Che Ta tak tahu? Mana boleh dok pakai ketat-ketat macam ni.. Bertudung tapi nak berfesyen tak kena caranya.. Miss A/UtaraNews.com

Awek cun giler kerja di stesyen minyak..

Posted on Updated on

Muka dan la cun melecun tapi kerja tukang cuci.. Sikit pun tak malu bukan macam remaja-remaja sekarang ni. Bila sebut je kerja sebagai tukang cuci terus tak mau.. Takde standard, low profile katanya. Kalau boleh tu nak kerja yang hebat-hebat tak padan dengan kelulusan.

Seorang mahasiswi ni bukan saja cantik tapi dia sanggup kerja part time sebagai tukang cucu semata-mata nak membiayai yuran pengajiaannya dan tolong keluarganya. Kalau orang pandai berdikari, dapat kerja lekeh pun dorang tak kesah dah janji halal.

Duma Mariana jadi tukang cuci di stesen kereta api di Medan, Indonesia. Rajin budaknya boleh buat bini ni hahaha. Mariana lakukan tugas seperti bersihkan kawasan sekitar premis kereta api dan cuci bilik air di situ.

Muda lagi tau baru 19 tahun.. Gomez rasa kalau remaja lain mesti ta pandang dah kerja macam ni. Yang dorang tahu nak dapat duit cepat dan suka guna jalan pintas seperti melakukan kerja haram. –TiraGomez/UtaraNews.com

Fathia Kena Kutuk Sebab Tak Malu Berlakon Adegan Ranjang

Posted on Updated on

Alolo.. keciannya Miss A dengan pelakon jelita Fathia Latif ni, dah cuba jelaskan hal sebenar pun masih lagi orang nak kutuk dan hina dia.. hehe.. Kalau korang nak tahu sekarang ni memang kecoh pasal isu adegan ranjang dilakonkan Fathia dalam filem ‘Darah Panas’..

Sampai timbul gambar wanita seksi mendakwa itu gambar Fathia.. Tetapi, Fathia tampil menyangkal dakwaan wanita seksi tu adalah dirinya.. Kali ini menerusi sebuah akhbar hasil temuramah bersama Fathia dan pelakon filem ‘Darah Panas’, Fathia memaklumkan dia sebenarnya segan nak lakonkan babak ranjang tu.. Walaupun dia pakai baju, cuma baju tu warna ‘nude’..

Sebabkan itu, ramai netizen kutuk kenyataan yang dikeluarkan Fathia pada ahkbar tersebut.. Iyalah, dah ko segan, tak payah la berlakon.. Tapi, segan-segan berlakon jugak babak ranjang tu..

Ada antara netizen yang persoalan isu yang agak sensitif tau pada Fathia.. Miss A memang dah no komen dah kalau isu macam ni timbul.. “Segan dengan manusia dengan Allah tak segan, Sebenarnya suka la tu,” itu antara soalan diberikan pada Fathia..

Apapun, komen dari netizen, Miss A rasa sedikit sebanyak benda macam ni macam bagi promosi percuma untuk filem ‘Darah Panas’.. Bila dah timbul kontroversi macam ni, mesti ramai yang tak sabar nak tengok filem tu kan.. Iyalah, nak tengok seksi sangat Fathia dalam adegan ranjang dia lakonkan tu.. Pandai dorang buat promosi filem..hehehe.. Miss A/UtaraNews.com

PAS tak sedar diri.., tak layak beri arahan pada Guan Eng.

Posted on Updated on

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin PAS memberi ‘arahan’ kepada beliau untuk menghentikan serangan terhadap Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Guan Eng menegaskan pemimpin PAS seharusnya sedar beliau bukanlah ahli parti berkenaan untuk diberikan sebarang arahan sebagaimana di suarakan sebelum ini.

Beliau berkata, DAP akan terus mempertahankan prinsip perjuangan mereka dan tidak akan tunduk meskipun ditentang hebat oleh PAS sejak kebelakangan ini sehingga sanggup melakukan ‘ugutan’ untuk keluar daripada PR.

“Bukan Pas yang perlu beritahu apa yang saya perlu buat. Hanya pemimpin DAP boleh beritahu saya apa yang perlu dibuat.

“Apa yang saya tahu, DAP hanya menyatakan prinsip dan pendirian kami. Saya akan terus bercakap di mana dan bila perlu selagi berkait dengan kepentingan parti dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan ketika ditemui di lobi Parlimen, baru-baru ini.

Menurut beliau, setiap kritikan yang dikeluarkan terhadap Abdul Hadi merupakan pandangan keseluruhan pemimpin DAP berikutan ‘keangkuhan’ PAS untuk terus melaksanakan hudud meskipun tidak dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi PR.

Tambah Guan Eng lagi, tindakan Abdul Hadi membalas kritikan tersebut secara peribadi memberi ‘ruang’ kepada beliau untuk terus mendesakan bekas Menteri Terengganu itu melepaskan jawatan sebagai Presiden PAS.

“Apabila saya bercakap mengenai pendirian parti, saya bukan bercakap secara individu.

“(Abdul) Hadi boleh bercakap secara individu tetapi saya mewakili keseluruhan parti.

“Jika itu memberi kelebihan kepada (Abdul) Hadi, saya pasti dia akan galakkan saya bercakap lebih banyak,” katanya lagi. –UtaraNews.com

Rita Rudaini Digelar “Mak Janda Pisang Gersang”

Posted on Updated on

Pergaduhan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan memang satu pergaduhan yang panjang dan membosankan.. Dek kerana itu seorang individu yang menggunakan akaun palsu telah memberi komen menghina dan mengutuk Rita kat laman Instagramnya..

Mungkin dah geram sangat kot dengan Rita ni, tu yang sampai macam tu sekali dia hina Rita.. Yang pasti kalau dah tak suka Rita, mesti la dia backup Aidil.. Ye dak? Rita digelar ‘mak janda pisang gersang’.. Perh.. pedih!

Menerusi laman Instagram Rita, dia memuatnaik gambar dua putera kesayangannya dok pakai baju nombor 10.. Sebab gambar baju tu, semua orang mula kaitkan dengan Aidil.. Sampaikan timbul isu Aidil hanya mampu bayar RM 20 sehari pada Rita..

Tah macam mana timbul satu fake account bagi komen kurang ajar dok mengutuk Rita.. Nak kutuk guna account sendiri takut kena saman, sangguplah buat fake account nak menghina orang.. Macam-macam hal!

Dah komen kutuk-kutuk kat Instagram Rita, ingat peminat peminat Rita tak mengamuk ke? Habis jadi pertengkaran antara peminat Rita dan individu terbabit..

Peminat Rita banyak cakap yang buat fake account ni mungkin Aidil atau Zarema Zainal.. Saja nak malukan Rita.. Tak boleh kutuk depan-depan, kutuk dalam akaun Instagram pun jadi lah!..hehe.. Miss A/UtaraNews.com

PKR buat fitnah lagi.. Kenaikan harga petrol untuk bayar hutang??

Posted on Updated on

Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menuduh kerajaan sengaja menaikkan harga petrol bagi menampung hutang yang perlu ditanggung Malaysia yang membabitkan syarikat kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nazmi berkata, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga minyak memandangkan Malaysia sebuah negara pengeluar minyak.

Tambahnya, kerajaan tidak patut menghukum rakyat dengan menaikkan harga minyak akibat dari keborosan yang dilakukan pemimpin kerajaan, sebaliknya mencari alternatif lain untuk melangsaikan hutang terbabit.

“Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia sepatutnya memulangkan hasil bumi itu kepada rakyatnya pada harga yang berpatutan.

“Namun begitu, kerajaan Barisan Nasional terus boros berbelanja dan menekan rakyat sendiri untuk menampung bebanan hutang, termasuk 1MDB akibat tadbir urus kerajaan yang lemah dan korup,” kata Nik Nazmi.

Adoi…. kenyataan Nik Nazmi ni benar-benar buat Andy tergelak. Mana tidaknya, ada ke kata harga minyak naik disebabkan kerajaan nak bayar hutang syarikat 1MDB.

Nik Nazmi ni menuntut ilmu dengan Rafizi Ramli ke??.. Main tuduh je tanpa usul periksa… Takkan tak tahu yang kerajaan sudah memperkenalkan harga sistem pengapungan dimana harga minyak akan berubah mengikut pasaran dunia.-AndyBolat/Utaranews.com-

Nora Danish mengamuk bila peminat kutuk Nedim.

Posted on Updated on

Semalam kecoh kat laman sosial kontroversi pasal pasangan yang hangat bercinta Nora Danish dan Nedim.. Spekulasi mengatakan Nora dah pecat pengurusya menerusi applikasi Whatapps.. Kira pecat tanpa surat hitam putih la, tetiba dapat mesej, dah hilang ‘job’..hehe

Pastu timbul dakwaan, lepas Nora pecat pengurus dia tu, Nedim Nazri yang ganti tempat pengurus Nora.. Kiranya Nora ni upah pakwe sendiri jadi pengurus dia lah.. So orang cakap Nora ni jadi ‘pak turut’ Nedim sebab masalah kewangan telah melanda Nedim..

Tak mahu lebih banyak cerita tak betul dibangkitkan, Nora dan kekasih tampil menjelaskan dakwaan itu menerusi laman Instagram mereka..

Menurut Nora, dakwaan yang timbul tu langsung tak berasas, dia sebagai bos memang berhak nak pecat sesiapa je.. Nora jugak kurang ‘syok’ bila isu ini turut libatkan kekasihnya.. Laporan tak tepat macam tu boleh jatuhkan reputasi Nedim yang seorang ahli perniagaan tu..

Apapun, Miss A tertarik jawapan balas yang diberikan Nora pada yang buat laporan tak berasas pasal dirinya dan kekasih.. ‘Setepek’ kena kat dahi, “nanti kena pelempang pulak.” Memang padu! haha.. Miss A/UtaraNews.com